Selimut Putih
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
( 2X )
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan
( 2X )
( 2 )
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
( 2X )
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri
( 2X )
Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
( 2X )
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa lkerenda diusung
( 2X )
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
( 2X )
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
( 2X )
Sebenarnya xdak kena mengena pon lagu ni ngan entri kali ni. hehe. Saja ja nak wat peringatan.
Eh! Eh! Ada la. Malaikat Izrail. Tugas dia kan mencabut nyawa manusia. Da 11 malaikat yang kita wajib tau n kenal wlupun sebenarnya lagi banyak yang kita x tau.
Tapi yang aku nak cita lebih kurang tugas Raqid dan Atid.
Raqid = mencatat kebaikan di sebelah kanan
Atid = mencatat keburukan di sebelah kiri
Ok! Back to story. Cita ni dah lama. Awal tahun klu x salah. Aku sensorang dari rumah nak balik USM. Macam biasa, hidup di perantauan, mmg travel la. Xda spa nak mengantor. Alor Star - Butterworth nek bas. Butterworth - Weld Quay nek feri. Weld Quay - Usm nek bas lagi.
Bila dah nek feri tu, aku pon cari la tempat duduk. Kerusi panjang2. Ala, cam dalam cita Mami Jarum tu.
Masa aku nek, kerusi dah banyak penuh. Cari punya cari, jumpa satu kerusi yang kira muat la ntok aku sorang. Hujong hujong dah ada org duduk, tengah kosong. Aku pon ambik port.
Duduk2 sambil usha mengusha kawasan sekeliling, aku pon melihat dan mentafsir org2 yang duduk sekerusi ngan aku.
Sebelah KANAN da sorang pompuan pakai tudung labuh, siap purdah. Kat tangan dia pegang Al-Quran. Oh,aku jadi segan sebentar. Dah la pakai shirt ngan jeans ja. Selang 2 3 minit mak dia pon dtg join. Tadi g toilet kot. Mak dia pakai tudung labuh ja xdak purdah. Duduk je trus ambik tasbih ngan Surah Yaasin dalan beg. Bertambah segan la aku. Insaf sebentar.
Usha plak org sebelah KIRI, sepasang kekasih yang umo lebih kurang aku ja. Duduk dekat dekat. Salah, rapat rapat. Peluk peluk. Pegang pegang tangan. Gelak gelak manja sampai x igt kawasan sekeliling. Trus aku istighfar panjang. Astaghfirullah hal'azim. Aku bet diorg ni x kawen lagi. Klu dah kawen xdak la nak wat camtu kat public (dalam bilik bleh wat lebih la.).
Shahid Kapoor engkau!!! wee~
Tengok tengok balik, KANAN aku wat pahala, terang ja ngan NUR keimanan. Sejuk mata memandang.
KIRI aku, gelap masa depan kalau trus macam ni, dosa x kira dah.
Da kaitan kan KIRI dan KANAN aku ngan malaikat Raqid dan Atid?
Adakah ini pengajaran yang DIA nak tunjuk kat depan aku? Pilih jalan mana yang aku nak ambik. Subhanallah~
Sama sama la kita beramal untuk kebaikan dunia dan akhirat.
Sekian~