Saturday, 13 August 2011

Kanan atau Kiri?

Bismillah~


Selimut Putih 


Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
( 2X )
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan
( 2X )

( 2 )
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
( 2X )
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri
( 2X )

Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
( 2X )
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa lkerenda diusung
( 2X )

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
( 2X )
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
( 2X )



Sebenarnya xdak kena mengena pon lagu ni ngan entri kali ni. hehe. Saja ja nak wat peringatan.

Eh! Eh! Ada la. Malaikat Izrail. Tugas dia kan mencabut nyawa manusia. Da 11 malaikat yang kita wajib tau n kenal wlupun sebenarnya lagi banyak yang kita x tau.

Tapi yang aku nak cita lebih kurang tugas Raqid dan Atid.
Raqid = mencatat kebaikan di sebelah kanan
Atid = mencatat keburukan di sebelah kiri

Ok! Back to story. Cita ni dah lama. Awal tahun klu x salah. Aku sensorang dari rumah nak balik USM. Macam biasa, hidup di perantauan, mmg travel la. Xda spa nak mengantor. Alor Star - Butterworth nek bas. Butterworth - Weld Quay nek feri. Weld Quay - Usm nek bas lagi.

Bila dah nek feri tu, aku pon cari la tempat duduk. Kerusi panjang2. Ala, cam dalam cita Mami Jarum tu.

Masa aku nek, kerusi dah banyak penuh. Cari punya cari, jumpa satu kerusi yang kira muat la ntok aku sorang. Hujong hujong dah ada org duduk, tengah kosong. Aku pon ambik port.

Duduk2 sambil usha mengusha kawasan sekeliling, aku pon melihat dan mentafsir org2 yang duduk sekerusi ngan aku.

Sebelah KANAN da sorang pompuan pakai tudung labuh, siap purdah. Kat tangan dia pegang Al-Quran. Oh,aku jadi segan sebentar. Dah la pakai shirt ngan jeans ja. Selang 2 3 minit mak dia pon dtg join. Tadi g toilet kot. Mak dia pakai tudung labuh ja xdak purdah. Duduk je trus ambik tasbih ngan Surah Yaasin dalan beg. Bertambah segan la aku. Insaf sebentar.





Usha plak org sebelah KIRI, sepasang kekasih yang umo lebih kurang aku ja. Duduk dekat dekat. Salah, rapat rapat. Peluk peluk. Pegang pegang tangan. Gelak gelak manja sampai x igt kawasan sekeliling. Trus aku istighfar panjang. Astaghfirullah hal'azim. Aku bet diorg ni x kawen lagi. Klu dah kawen xdak la nak wat camtu kat public (dalam bilik bleh wat lebih la.).


Shahid Kapoor engkau!!! wee~



Tengok tengok balik, KANAN aku wat pahala, terang ja ngan NUR keimanan. Sejuk mata memandang.

KIRI aku, gelap masa depan kalau trus macam ni, dosa x kira dah.





Da kaitan kan KIRI dan KANAN aku ngan malaikat Raqid dan Atid?

Adakah ini pengajaran yang DIA nak tunjuk kat depan aku? Pilih jalan mana yang aku nak ambik. Subhanallah~

Sama sama la kita beramal untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Sekian~





Kerana mu~

Bismillah~

Dah 12 ari posa oiii!!!! Dah ka?? Bukan ka patot ckap BARU 12 ari?? Perlu ka pikiaq pasal nak raya la ni?? BLOM lagi.hehehe. Posa bagi penuh dulu, tarawikh jgn tinggai, bnyak ibadat, baru pikiaq raya. OK??

Bukan nak cita pasal ni sebenarnya. Ini kisah sebelum, semasa dan selepas berbuka puasa. Oh, sadis nya rasa bila ingat balik.

5 minit lagi nak berbuka, aku check makanan. (aku xmasak ari ni sbb busy packing roti piza untuk moreh)
Aku : Mak, nasi ni lauk gulai daging ja ka?
Mak : Haa, yang 2 ja ada.
Aku : Ooo...(sambil berlalu ke dapur nak masak telur hancur.)
Ayah : Kakak, goreng pekasam. Dan dak? Dan aih. (dia tnya, dia jawab)

Aku pon mulakan tugas. Mula ngan goreng telur hancur. Bila nak goreng pekasam, azan Maghrib pon berkumandang. Dengan cepat aku siapkan gorengan aku.

Bila ayah aku nak makan ja aku tgok pekasam tu. Tak sedap hati. Rasa cam kurang ja.
Aku : Rasa cam x masak ja pekasam tu.
Ayah : Kurang masak SIKIT. (sambil cubit nak makan). (sambung...) Ni memang xmasak pon. Pi letak balik atas api!!!
Aku : Ok.(berlalu ke dapur)

Buka api, letak pekasam dalam kuali. Dengan penuh kesabaran aku tunggu. Bila alih ja pekasam tu, sikit-sikit dia hancur. Aku jerit "Tak reti la goreng ni. Hancur dah pon!!!".  Aku tengok mak aku gelak ja. Ciss!!

 Dah siap letak kat depan ayah aku.

Ayah : Pekasam pon xreti g nak masak. Lambat lagi la. Cam xdak harapan ja. 
Adik : Abih jatuh saham.
Aku : Ala, pekasam ja pon. Yang dok masak seblom ni, makaroni la, spagetti la, tart telur la, xtgok pon. Ni fail goreng pekasam trus kata camtu.
Ayah : Makaroni makaroni tu nak wat apa. Cuba klu wat pulut lemak ka, pulut tu nampak berkilat ja. Naik abih aih saham. Ayah sendiri bagi markah. Ni x pasai pasai pekasam ja saham jatuh. haha
Mak : Baru ingat nak wat keduri skali ngan abang.
Aku : Klu la 'depa' tu xsuka pekasam camna? Ntah ka pekasam pon xtau. (sambil doa dalam hati 'calon' aku tu xmnat pekasam. haha)
.............................

Berterus terusan la depa suma pekena aku sampai suma abih makan. Haish! Pekasam ja pon. Jujur aku cakap mmg aku xsuka pekasam. So,mmg xpenah la goreng.

Kerana mu PEKASAM, saham aku jatuh merudum depan mak ayah. Huh!


pekasam


Sekian~

p/s : 'Awak', awak xsuka pekasam kan??? hehe

Monday, 8 August 2011

Fadhilat Ramadhan

Assalamualaikum~

Alhamdulillah dah seminggu umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadat puasa. Dah jadi adat kita kalau puasa ja mesti kurangkan aktiviti di siang hari (org cam aku la. haha). Sebab? Penat. Hurmm,penat la sgt.

Sebenarnya ramai yang x tau, bila kita wat kerja masa bulan puasa ni, tambah tambah yang membawa kebaikan kepada orang lain, pahala berlipat kali ganda. (ni peringatan untuk diri sendiri gak. asyik tido je memanjang. dah nama pon penganggur kelas C. haih!)

Special nya bulan Ramadhan ni yang x dak kat bulan bulan lain ialah TERAWIKH. Banyak pahala kan dapat kita kumpul bulan posa ni. Buat keja pahala double, da terawikh lagi. Tambah malam seribu tahun, malam Lailatulqadar. MASYAALLAH!!! Klu dapat malam tu umpama beribadat selama 1000 tahun. Pemurah kan Allah ni. Suka sgt bagi bonus kat umat Islam. Tu pon untuk sapa yang rajin la. Kalau pemalas tahap 'cipan bunuh diri' mmg xdapat la. (cam aku kan.)

Kat cni aku nak kongsi skit la fadhilat terawikh. Setiap malam laen fadhilat nya. Masa sekolah dulu aku selalu fotostat lekat kat pintu lokar. Bleh pilih plak malam bila nak pegi, malam bila x klu ikut fadhilat dia. (jgn wat camni arr!!!)



Ini adalah fadhilat solat terawikh diriwayatkan oleh saiyidina Ali
(r.a) daripada Rasulullah s.a.w., sebagai jawapan dari
pertanyaan sahabat-sahabat nabi s.a.w. tentang fadhilat
(kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan
ramadhan:
malam 1:
keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama
sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari
Allah.
malam 2:
diampunkan dosa dosa orang mukmin yang solat terawikh
serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
malam 3:
berseru malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan
solat terawikh terus menerus. `semoga Allah mengampunkan
dosa engkau.’
malam 4:
memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang
yang membaca kitab kitab taurat, zabur, injil dan al
Quran.
malam 5:
Allah kurniakan baginya pahala orang-orang yang
bersembahyang di masjidilharam, masjid madinah dan
masjid aqsa.
malam 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-
malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat
sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang
mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini
malam 7:
seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta
menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya
fir’aun dan hamman.
malam 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh
sepertimana yang telah dikurniakan kepada nabi Allah
Ibrahim “Alaihissalam.
malam 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat
hambanya seperti nabi Muhammad s.a.w.
malam 10:
Allah subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan
didunia dan di akhirat.
malam 11:
keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa
seperti ia baru dilahirkan.
malam 12:
datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya
(cahaya ibadatnya).
malam 13:
datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada
tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
malam 14:
datang malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh,
serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
malam 15:
semua malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat
dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
malam 16:
Allah Subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas
daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
malam 17:
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada
malam ini sebanyak pahala para nabi.
malam 18:
seru malaikat: hai hamba Allah! sesungguhnya Allah telah
redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup
atau mati).
malam 19:
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya didalam
syurga firdaus.
malam 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati
syahid dan orang-orang solihin.
malam 21:
Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.
malam 22:
datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap
dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara
di padang mahsyar).
malam 23:
Allah Subhanahuwata’ala binakan kepadanya sebuah bandar
didlam syurga daripada nur.
malam 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang
berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam
sujud).
malam 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
malam 26:
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada
malam ini seumpama 40 tahun beribadat.
malam 27:
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini
ketangkasan melintas atas titian sirotulmustaqim seperti
kilat menyambar
malam 28:
Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya 1000 darjat
diakhirat
malam 29:
Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya pahala 1000
kali haji yang mabrur.
malam 30:
Allah Subhanahuwata’ala beri penghormatan kepada orang
berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa
sekali, lalu berfirman: “wahai hambaku: makanlah segala
jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan
didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga
yang bernama salsabila, serta minumlah air daripada
telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang
bernama  'Al-Kauthar'.

Sekian~

p/s : jgn makan banyak sangat masa berbuka, nanti jadi malas nak terawikh. cam aku la. haih! =.='



Sunday, 24 July 2011

Dear kodokpenyu.blogspot.com~

bgos sgt ke USM????!!!

phewww..anak2 mama..nt jgn msuk usm ea..
ishhh,xngaku anak lau hg pa blajaq situ...
product x bkualiti! huh~
kurang ajaqqq dtg tmpt org..
haallloo~~ even korg rangking 1st pon,doesnt means korg bole kutuk n hina2 kitorg...
pluss, KURANG HAJAARRRRR dgn kitorg!
bodoh sgt ke ktorg msuk uum??
yg korg duk kutuk2 kitorg bodoh msuk sini?? hallooo..stkt 1st ranking bukan kooo yg mnaikkn bek x pyh nak bangga! sumpah,ko cm HARAMM J!
dammnnn!!! lepaskn kgeraman kt sini sb tuan sy x bg interact dgn dorg..kne ikut ckp tuan..
xnk jd kurg aja cm dorg.. tuan dorg x reti ajaq!!

x tenag lah idup engkau ayue ishak!
juge kwn2 ko yg mghina kitorg! 
sumpah kau x tenang...

Thursday, 21 July 2011

Contest~ contest~

Bismillah~

Tiba-tiba rasa addicted nak update blog. haha. Suma ni suam-suam tahi ayam ja. Pecaya lar~
_____________________________________________

Sebenarnya mukadimah kat atas dah dekat seminggu ak tulis. Tapi skg ni aku dah lupa apa sebab aku tulis entry ni. So, skng ni aku ubah skit la isi kandungan nya.

Dalam seminggu dua lepas aku ada la join satu contest. Dah banyak aku tgk blogger laen join contest then dapat hadiah pon masyuk kan, pe salah kalau aku try.

Nama contest ni Anggun Muslimah Contest. Click sini.

Nama pon muslimah kan, xkan pakai seksi plak. Mmg kena la ngan personaliti aku ni. Caya lah~ haha. Aku rasa cam try jer. Memain je pon. Kalau menang memang rezeki la kan. Bila kau review gambar2 contestant laen da yang sorang, da ngan kawan. Aku decide nak letak gambar aku ngan kengkawan. Sbb gambar sengsorang aku suma burhok. Aku bagi la gambar ni.

Hepi 5th fren.

Gambar ni dah di edit oleh cik kak ni. Best moment kot masa ni. Baru abis wat pembentangan kumpulan. Then baru jumpa balik kawan aku yg pakai kurung purple tu, Zati, sbb dia cuti 2 bulan (operation). Zati ni kira kawan dari skola rendah sampai masuk U skali ngan aku. Xpenah rancang pape pon. Skali men terkejut terkejut je jumpa balik. haha.

Rasa bahagia je bila bleh letak pic ni dalam contest camni. Kitorg mmg satu group la. Suma dak math kecuali Zati, dia fizik. Kalau da pape pon mmg skali la. Nama group pon Hepi 5th Fren. Cik kak tu gak la yg bagi sbb dia suka tgok Hepi Tree Frens. X tau la pe kena mngena. haish~

Lepas seminggu dua aku tgok gambar ni da la dlm 24 org 'like'. Skit la klu nak banding org laen. Dah sampai seratus lebih ponn.

Tapi ari ni aku terkejut bila dapat satu comment ni yang membuatkan aku nak hempuk je kepala dia klu aku jumpa.

Ok dah. Sebelum aku lebih baran sampai hack fb dia, bek aku sudahi entry ni ngan
Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~

Friday, 15 July 2011

Buah apa ada duri???

Bismillah~

Alhamdulillah syukur atas nikmat yang diberi-Nya. Kalau diambil pokok sebagai pen dan air laut sebagai dakwat, x akan cukup untuk menulis segala nikmat yang diberi kepada kita. Subhanallah~

Sebab apa aku punya mukaddimah ni laen macam ja. haha. Nak tau?

Sebab musim durian kali ni musim yang paling banyak aku makan durian. Alhamdulillah~

Sejak aku mula dok hostel memang 'chance' bleh makan durian ni makin kurang. Peberet tuh!!! Bukan xmakan langsung la, tapi jarang. Nak makan masa balik umah cuti ujong minggu ja. Tu pon klu beli la. Bila musim durian mmg sgt2 tunggu ujong minggu sbb nak balik makan durian ( mmg tiap mggu balik pon. hehe). Penah gak sekali balik dah abih musim durian. T___T. Sampai la aku masuk matrik. Tapi masa matrik rasa cam sekali ja makan. huhu.

Lagi sedih tahun lepas la. Kan mak aku sakit, masuk hospital. Jadi dia x boleh la makan benda-benda macam ni. Penah gak aku mintak kat ayah aku beli durian. Ayah aku cakap camni "Kita tunggu mak baik dulu la. La ni dia xbleh makan lagi. Nanti dia baek kita beli naa".  Aku pon ok ja wlupun muka time tu dah laen dah. huhu.

Tapi ayah aku ni paham sgt la kan anak dia. So, da skali tu masa makan kat gerai luar hospital (mak aku masuk hospital Penang), nmpak la da sorang apek jual buah, da rambutan, durian, manggis. Sambil makan, aku sambil tengok ja durian tu tapi x ckap apa2. Sabaq ja tggu mak aku baek. Abih makan ayah aku pon sroh aku p tnya apek tu brapa harga durian n rambutan (durian kecik, rambutan pon dh nak kecut). Sekali mahal giler kowt!! Durian aku xigt brapa, tapi rambutan  tu seikat RM8. Gila!!! trus x jadi beli.

Tunggu punya tunggu sampai la aku masuk USM n musim buah ni pon dah abih. X pa la. Aku pkiaq dah xda rezeki kan. Insyaallah ada nanti.

Haa, tahun ni dah cuti dok kat umah ja kan. Tambah plak musim buah-buahan tempatan kan. Makan la kau sampai muntah~ haha. Kalau awal awal musim dulu kami mmg beli la. Tapi skng ni banyak org bagi ja. Jiran la, sedara la, kenduri la. Memang rasa syukur sangat2. Mmg xputus durian ada kat umah ni.

Minggu lepas ayah aku da beli durian kat kawan dia sbb abang aku yang sulong  tu cakap nak balik makan durian. Men tempah je. Sekali dia bagi sebijik tu besaq giler~ xpenah lagi la aku jumpa. Xtau baka mana. Isi pon mantopp!!!

haa, besaq x? klu tgok duri pon xdak sgt sebab cekang. haha 

ni aku yang koyak. xsusah pon sebab dah bekah skit. hehe. ulas yang satu ja dalam pangsa tu aku rembat. haha. maap la incik ayah langgaq daulat. hehe 

kitorang makan 7 org sebijik durian ni. sorang seulas ja. tu pon siap tambah pulut. mmg banyak isi dia. fuhh!! mantopp!! rasanya klu da dalam 15 bijik ja pon dah bleh wat kenduri satu kampong kan? hehe

ok, aku dah terliuq tengok gambaq ni. Tadi da kenduri pulut durian kat masjid. Aku hepi ingat bleh p makan. Upanya untuk org lelaki yang p smbhyg Jumaat ja. Xpa. Aku balas balik malam ni ngan abg aku. haha. Abg cepat sampai yer~

Buah rambutan pon banyak gak aku makan musim ni. hehe. Tiap ari kami kait pokok jiran sebelah a.k.a mak sedara aku. 

ni la pokok dia. klu perasan kat depan tu da pokok durian. ni pokok ayah aku. dah lama tanam. rasanya masa aku skola rendah lagi. buah xjadi. 2 kali tenggelam bah. alhamdulillah tahun ni berbuah wlupun da 4 bijik ja. skng ni tggu masak n luruh ja. huhu. 

Sekian entri kali ni. Jumpa lagi~

p/s : Jangan makan durian bnyak sgt. Kalori tinggi. Berat aku dah nek ni. Takut plak nak timbang. huhu

Friday, 8 July 2011

Gelombang K-POP

Assalamualaikum~

Memang agak susah la aku nak update blog. Tambah kat umah ni, nama ja mengadap lappy 24:7 (cam nma K-Pop Malaysia 2...tapi dh tukar jd M-Pop Max 247..pe jadah aku xtau la..). Ok sambung balik. Mengadap laptop kesayangan ni tiap ari tiap masa, tapi malehnye nk nk menekan keyboard ni mmg tahap cipan pemalas la. Haila~ pe nak jadi ngan anak dara ni.

Opss! terpanjang plak merepek. Entry kali ni mmg xda kena mengena ngan apa aku cita sebelum ni. Kat atas pon aku da sebut K-Pop kan. Haa, nak cita pasal K-Pop la. hehe

Aku ni kira antara kipas susah mati (die hard fan) Super Junior la. Oh! ensem bebbb!!! cuba korang usha muka sorang2.

Uih!!! terangkat hati ambo ujong beranda!! haha


Layan korea ni mmg dah lama. Tapi cuma cerita dia je la. Full House, Autumn in my Heart, bnyak lagi la. Kalau senarai ni mmg x tidoq la aku malam ni. huhu. Kalau group mmg aku kureng la. Ramai kawan aku promote DBSK segala bagai, aku wat derkk je. haha. Cian korang~

Cuti sem 1 matrik, aku ingat nak layan balik la cita Full House kat Youtube (bnyak movie layan youtube je. malas nak download. hehe)  Sekali bila aku search 'Full House' dia kluar la 'Super Junior Full House'. Pekebenda ni?? Cari cita xdak, aku pon layan je la reality show ni.

Masa recording 2, diorang still lagi 12 org. Kyuhyun blom masuk lagi. Diorg ni stay dlm hostel la, sbb ramai sgt pecah 2 bilik. Satu bilik 6 org. Satu hostel je la yg masuk show ni. Kangin, Hang Kyung, Hee Chul, Dong Hae, Kibum ngan Siwon.

Kisahnye, da la 2 org gadis jelita dari luar negara, Anya n Eva, stay kat diorg pnya hostel ntok 3 bulan. Wat aktiviti segala macam sama-sama la. Tapi da gak la 2 3 episode yg ada ahli laen mcm Eunhyuk n Sungmin. 

Ni antara scene dlm SuJu Full House

Aku mula tertarik kat sorang ni je. Kibum. Sebab dia speaking English masa mula-mula jumpa Anya n Eva. haha. Pelik kan? Igt senang nk jumpa org Korea yg pandai speaking? (yg btol2 korean la. xpenah kluar dari korea.). Yang laen suma cengang xtau nk cakap apa. Siap ada yg lari lagi sbb xpndai nk speaking. haha. Kelakar la.
Kim Kibum

Jadi budak 2 org 2 akan join la sgla aktiviti dak SuJu ni. Termasuk la 'Come Back SuJu'. Siap menang anugerah lagi. Suka mak!! haha. So,diorg wat persembahan masa come back tu. Tertarik mak!! best lagu dia.  Masa come back tu diorg perform lagu 'U'. 

Jom layan~~~


Lepas pada tu, maka terjangkit la demam SuJu ni sampai sekarang. Ntah bila la nak baek. Jangan jangkit demam laen plak dh la.

Ok,  sekian saja entry kali ni. Xdak pekdah pon sebenarnya. haha. 

Sunday, 19 June 2011

Peristiwa sebelom Subuh

Bismillah

Wahhhh! dah lama x update blog. Kawan aku pon da yang tanya, "Syida, x update blog ke?". "Em,tak. Xtau nak tulis apa. Lagipun malas la." Nampak sangat hidup aku ni bosan time time cuti camni. Xdak benda menarik pon . haha. ok cukup!

Hari ni hari ke-3 aku menyahut seruan pak cik Rejab. Biasa la, makcik xmampu nak puasa ari ari. Bukan sebab tua, tapi cepat tergoda =.='.  Walau pun dah ari ke tiga, tapi baru ari ni dapat SAHUR. Bukan sebab dikejut atau mmg planning nak bangun, tapi terjaga ja nak tarik selimut sbb sejuk giler! plus nyamuk.

Bangun, tengok jam, 5.30 pg. Pikir jap. "Hurm, blom masuk subuh kot. Minum la kejap." Turun bawah terus tengok kalender, 'Subuh, 5.41 pg'. "Oh,sangat la sempat nak sahur jap."

Pegi dapur, ambil gelas, minum air. Sahur 1 2 3 jela. Ni je pon dah dapat energy yang cukup. Nak makan nasi segala bagai mmg xsempat la. Xyah nak try, mmg tau pon. Ambik pinggan, letak nasi, letak lauk (klu dh ada yg semlm la), duduk kat meja makan, baru makan 2 3 suap, dah azan. Ok, bleh buang nasi nasi lebih ni. "Haa, x ke rugi camtu."
1. Minum air kosong 200 ml.
2. Tea mix pon 200 ml
Tengah minum tea tiba tiba 'Pomm!!. "Hah, apa 2?" Pusing kiri, pusing kanan, "OMG! tong gas!". Terus lari pegi depan sambil pegang gelas tea. "Apa nak buat! Apa nak buat!". Terus masuk bilik mak ayah "Ayah, tong gas MELETUP!". Ayah bangun pegi dapur dengan hati hati mana la tau tiba tiba terbakor ke. X ke arwah suma orang nanti. (sepatutnya klu nak terbakar, awal-awal lagi). Slow slow jalan ke arah tong gas n tutup dia punya pili (=.=' ak xtau nak describe apa). Check punya check, upanya tube ke dapur gas TERCABUT. "Fuh!! selamat." Ayah "Nasib baek x tengah masak". Oh, aku xdapat bayang klu yang tu. Innalillah..
Pusing je belakang, tengok mak ak pon bangon gak. Naceb baek x seisi umah terjaga. hihi. Selamba ja mak tnya " Tube tercabut macam ari tu ka?". "Oh,upanya dah penah jadi. Nasib aku la sbb xsllu ada kat umah, mmg xtau la." Ayah aku terus menapak nak masuk tidur balik. heee. Bersalah pon ada. Bagi mak ayah terkejut pagi-pagi camni. ;-(

Ok, sambung minum balik. Air kosong je. Tengah minum baru tanya mak "Orang x azan lagi kan?" kah kah kah. Sumpah mereng pepagi ni. Dah tengok jam, dah tengok kalender pon bleh tanya lagi. Pikir-pikir jap "Sempat ke klu nak minum shake?. Ah peduli apa selagi org x azan anggap sempat je la kan". Tanpa tengok jam pkol bpa,
3. Shake chocolate 300 ml ( dah x blend, men kacau ngan sudu je. haha. alamak! lupa masukkan protein =.=')
Yeahhh!! Cukup 1 2 3. haha. Minum air kosong cukup cukup. Men langgah je semua ni, dah xde stop sbb nak cepat. Kembung je rasa perut. huu

Pastu masuk toilet, ambik wudu'. Langkah je bilik, org trus azan. Tengok jam tepat 5.41 pg. "Pergh! cepat btol semua benda jadi. Dalam masa 11 minit je."

Lepas solat terus je tulis entri ni. Sambil tulis sambil senyum sorang sorang. Gila! haha.

Wassalam~

Monday, 18 April 2011

Alhamdulillah~

Bismillah~

hidup kadang-kadangnya mudah~ terasa hepi sngt2 bila tiada halangan yang datang. sampai lupa apa yg akan mendatang pada masa hadapan.

Tuesday, 12 April 2011

apa kena spongebob ngan SPONGEDA..??

Bismillah~


Korang penah tengok kartun spongebob kan? tipu la klu xtgok. sekali pon mesti tengok pnya. btol x? btol x? cuba korang tengok, muka spongebob 2 jarang sedih kan? selalu hepi, senyum ja. da masalah mesti cari jalan nak settle, wlupun cara dia guna bodo2 skit la.

so,dah jadi kegilaan aku nak kumpul barang2 dia nih. comey kott!! wlupun ak xsuka warna kuning, tapi dia ni comey. wah! statement xley bla 2. haha. klu bleh suma barang dia ak nak ada. dari kecik sampai BESAQ. tapi masih belum tercapai lagi. huk3~

bnyak x? tapi ni sikit ja. ada lagi yang tersimpan kat mana2 ntah n cari xjumpa.

yang ni plak ntok tatapan setiap hari. board kat meja study aku. selama 2 semester ni mmg asyik tgok muka dia  ja la. semester depan xtau la macam mana sebab aku dah kena pindah bilik. huhu. sedih ni T.T .

yang ni plak impian ak. nak ada suma ni. wahaha~
 

haa. yang ni plak my fren bagi. dia lukis sendiri ok! tapi dia punya hard copy dah hilang. rasa sedih sangat2. huhu~ sory yer ari.


ok syida, cukup la merepek skit2. kamu 2 dah nak exam. P STUDI NUU.!!!

Friday, 8 April 2011

dugaan dan cobaan

Bismillah~

test dan assignment di mggu2 akhir pembelajaran cukup untuk buat kepala sakit dan xtau nk pikir apa dah. tggal satu ja lagi assignment yg kena submit esok. tp xsentuh skit pon lagi. huk3~


Thursday, 7 April 2011

aku masih hidup

assalamualaikum~

hidup sorang2 mesti sgt BOSAN sehingga separuh mati. xcaya?? try la tnya org yang dok kt dalam penjara 2. xdak nya nk kta "BEST GILA KOWT". klu ada pon mesti nak sedapkan ati sendiri dan para pendengar. huhu. stadi a*g*b*a  yg memerlukan kesabaran yg tinggi mnyebabkan ak 'enjoy' 'seronok' BOSAN dok sorang2. otak dah sakit, jiwa semakin tertekan. jom dgr lagu Maher Zain.

Monday, 4 April 2011

Aku, umbut dan DURIAN

assalamualaikum~

masa ak tulis post yg sebelum ni, dgn begitu asyik dan kusyuk, tiba2 ak dapat panggilan dari kampung halaman. adik aku call. dalam hati dah mcm2 kata "apa lagi la yg dia ni nk".

dgn malas ak pon angkat ja. "nak apa?" "saja ja tepon. nak habaq kami tengah makan umbut ni. tiba2 mak kata "teringat kat kakak." sebab 2 la adik call"

ni la umbut kelapa. ak sorang2 mengadap benda ni pon bleh. feveret tuh!!!

hah! x ka baek camtu?. siap ingat2 kat aku lagi. tapi ak bkan bleh makan pon kan?

"em,xpa la. makan la. klu makan DURIAN bleh gak nak jeles2"

"kakak nak ka? nnti adik habaq kat mak ayah. pulut nak sekali x?"

"bleh ja. haha"

haha.bagus. bagus. kata ja nanti dapat. untung kan dok jaoh2?? balik rumah habaq ja nak makan apa, ada la kt depan mata. hak hak.

so,sekarang ni x sabaq nak tggu 13/4 untuk pulang ke kampung halaman!!!